Thursday, 24 April 2014

Jenahak menduga ketabahan di Langkawi

Solo Trip ke Langkawi akhirnya mendapat hasil yang agak lumayan. Syukur Alhamdulillah...


 Jenahak 'adik'..tk sampai sekilo
Yang ni agak bsar sikit..hasil dihari kedua
6 ekor..


 Fuhhh...memang best melayan tarikan 'ikan org kaya' ni...2.5kg
Wajah sayu n mokoh BangLi....tpi tahan mabuk laut

 Hasil hari pertama....Alu-alu@Barracuda (4.5kg)....Jenahak 1.5kg x 2....1kg x 1.....3.5kg x 1....Kerapu: 1.5kg dan 800gm.. ( 7 ekor tuuuuu)
Lokasi: Di depan Jeti Pulau Tuba

 Amukan alu-alu akhirnya ke dalam tong jua.....
Jenahak yang ni agak ganas skit..

Sunday, 20 October 2013

Sederhana, Ala kadar, Alahai tapi Menggemparkan

Mak Chu Nurul menerima kezzutan tak dijangka oleh Sang Suami Dr.Abai...Apa pn kami tumpang kenyang mkn secret recipe. .cover line sehingga tepat jam 12 tanpa dpt dikesan sesiapa..HAPPY BESDAY SEMOGA DILIMPAHI REZEKI ...
Selamat Hari Jadi Buat Nurul Tersayang...bgitulah ayat power abai ...entah2 ada yg di nakkan sgt kooot?


Makk Ganal nyer...muntong

Tuan Tanah Kedaung

Friday, 20 September 2013

Tulisan Khat di dinding...Bagaimana ini berlaku???

السلام عليكم...Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi.

Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.


Inilah  serba sedikit yang ringkas apa yang diperlukan sebelum 'menonyoh' dinding.


 Dinding dipastikan telah dicat under coat atau buat frame se adanya(mengikut selera).Gunakan cat kapur. Cat yang digunakan di atas ialah dri jenis Nippon(RM62.00/5L) Kemudian boleh terus tulis apabila kering..

Siap dilakar,maka sekarang mari kita warnakan. Ana menggunakan cat minyak jenis Nippon (Flamengo) serta berus kecil dan sederhana.

 Lakukan proses mewarna dengan hati yg ikhlas, tenang dan tidak kelam kabut. Pastikan pengudaraan yg baik disekeliling anda.

Proses mewarna ini amat rumit, Ana tdak lakukan nya sekaligus siap pd masa tersebut, sebaliknya ia akan disambung semula di masa2 yg lain.

Lihat bagaimana warna titik dan baris  dimasukkan kemudian.

 Ketepatan, ketelitian, kesabaran dan keseimbangan perlu ada dan di 'mantain'
Jaga2 jgn terkena siku...Aksi ini dikira biasa ketika mewarna!

Sebaris yang telah siap....tinggal lgi sebaris.JUMPA LAGI di aksi yg len....



Wednesday, 18 September 2013

Kemusnahan 'Sementara' Empayar Nusantara

Dilahirkan pada Januari 2001 dan menyembah bumi pada September 2013....Beginilah keadaan selepas dilanda ribut tropika tak diundang....Pagi Selasa 17 Sept 2013, lokasi penjanaa minda kami telah berjaya di sodok oleh traktor besar yang kuat enjin nya,tegap body nya, dan sangat mengerikan apabila terdengar ngaumannya.....
Bersabar lah....wahai para pejuang tar dan nikotin

Pegawai merangkap 'pengawal' makhluk asing sedang meninjau keadaan dan berbincang untuk mengatur strategi selanjutnyaApakah  ini akan menyebabkan xtvt tebantut???Tidak....!! 


Monday, 9 September 2013

Kena Pukul sebab.........

Renung dan fikirkanlah.....wajar atau tidak? baik atau tidak? ataupun adakah ini memadai....mahupun terlalu keras!

Anak seorang warga Pakistan, berumur 9 tahun. Dipukul oleh ayahnya akibat terlupa solat 1 waktu pd hari tersebut....

والله اعلم
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”

Wednesday, 4 September 2013

Happy Birthday@Selamat Hari Ulangtahun QurratulAini Naqijidin

Tarikh 1 Sept...Bertempat di Rumah Cheras Baru, Tahlil Arwah dan Majlis Potong Kek diadakan sempena dengan Apak Bersunat....Oppps silap, Hari Jadi Ain
Keungahan Ain dan Mak nya...

 Tengok la tu...mcm sama je
Menu disediakan ole Tijah..Soto Nogori

Yg ni tak lain la sentuhan tangan MakYang